Posts

Showing posts from February, 2008

Penggunaan Terapi Gen

Terapi gen merupakan satu kaedah rawatan pembetulan gen yang rosak bagi penghidap penyakit warisan. Kaedah ini mula digunakan dalam rawatan penyakit kurang daya tahan genetik ( genetic immunodeficiency ) yang dikenali sebagai kekurangan Adenosina Deaminase (ADA) atau ADA(-). Enzim ADA ini perlu bagi melengkapkan pembentukan dan perkembangan sistem imunisasi badan. Penyakit ADA(-)menyerang bayi yang baru lahir dan menyebabkan kematian. Bayi tersebut tidak mampu menghasilkan sistem antibodi dan imunisasi yang sempurna. Mereka mudah diserang penyakit seperti tetanus, difteria, penyakit jangkitan pernafasan, campak, dan pneumonia. Sesetengah pesakit pula langsung tidak mempunyai sistem antibodi dan imunisasi. Ini dikenali sebagai gabungan kurang daya tahan yang tenat ( severe combined immunodeficiency - SCID). Biasanya, kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADA(-)SCID sentiasa mengalami jangkitan virus, kulat, dan bakteria yang berulang-ulang serta mempunyai risiko jangkitan awal kanser yan...

Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat

Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk. "Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk. Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibak...

Lupus Sukar Dikesan, Tiada Penawar

Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah ' systemic lupus erythematosus ' (SLE) atau singkatnya Lupus. Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani lupus. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnos. Jadi, tidak pelik walaupun lupus sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal lupus masih 'dipinjam' daripada penyakit lain. Lupus sukar dikesan. Simptom utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan penyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Buat masa ini pesakit lupus tidak dapat diubati dan mungkin boleh membawa maut. Sampai bilakah senario ini akan berlanjutan? Adakah kerana pesakitnya hanya 5 juta di dunia termasuk 10,000 di Malaysia justeru, penyakit itu dipinggirkan. Lupus adalah penyakit yang menyerang individu berusia 15 hi...

Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain. Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda: Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut? Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala? Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini? Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawa...

Fakta tentang Jeragat dan Kulit

Sejenis penyakit kulit. Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag; Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup. Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim. Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat. Kulit Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia. Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat. Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat. Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit. Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilang...

Cahaya Matahari, Faktor Genetik Punca Pigmentasi (Jeragat)

Image
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu. Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. "Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes. "Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna cokl...

Beberapa Perkara yang Perlu Dititikberatkan dalam Pemakanan

Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak. Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan. Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut. Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan. Terlalu banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau diet dengan lebih baik dan sempurna. Pilih makanan yang mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi...