Kongsi Perasaan Anda
Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan Kenapa seseorang memendamkan perasaan Malu Takut menjadi bebanan kepada orang lain Terlalu peribadi untuk dibincang Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya Bimbang akan reaksi orang lain Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja Bagaimana mengendalikan perasaan anda Ketahui perasaan anda Luahkan perasaan anda Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan Merasa lega Mengurangkan tekanan Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada per...