Gangguan Emosi Boleh Sebabkan Rambut Gugur
Kenal pasti punca masalah sebelum pilih rawatan sesuai untuk peroleh semula 'mahkota' impian. Tekanan perasaan atau jiwa dikenal pasti menjadi antara punca utama masalah keguguran rambut berbanding akibat penggunaan kimia berlebihan yang banyak dijual di pasaran. Masalah keguguran rambut hasil tekanan jiwa membabitkan purata jumlah yang sama antara lelaki mahupun wanita. Insiden berkaitan keguguran rambut dengan tekanan jiwa ini kerap ditemui. Lebih kurang 60 peratus pesakit yang mengalami keguguran rambut adalah akibat masalah tekanan seperti runsing, tidak cukup tidur serta diet tidak seimbang. Tekanan jiwa yang dialami lazimnya tidak begitu serius seperti masalah keluarga, kemurungan atau membabitkan percintaan. Ada juga yang mengalami trauma akibat kejadian ngeri seperti kemalangan atau kematian orang tersayang. Tekanan tanpa disedari mendorong individu melakukan tabiat pelik seperti mencabut rambut di kepala sehingga menyebabkan sebahagian besar kepala menjadi botak. Tekan...