Posts

Showing posts from September, 2008

Membina Harga Diri Kanak-kanak

Image
Binalah harga diri kanak-kanak agar mereka punya emosi yang seimbang. Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri? Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri. Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi? Kanak-kanak ini : Mudah berkawan. Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru. Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan. Boleh mengawal perlakuan. Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain. Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif. Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi. Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah? Mereka : Tidak ceria. Kurang keyakinan diri. Perasaan tidak berguna. Sentiasa berasa letih dan penat. Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik. Rasa rendah diri. Sering gagal di sekolah. Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri? Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri : Kasih sayang. Keselamatan. Panduan. Penghargaan. Galakan. Bagaimanakah anda dapat memb...