Kajian UPLIFT bawa berita balk untuk pesakit COPD Kajian terbaru membabitkan pesakit sekatan pulmonari kronik (COPD) mendapati penggunaan terapi ubat tiotropium (sejenis ubat yang bertindak menyekat tindak balas saraf yang menghalang laluan pernafasan) boleh membaiki fungsi paru-paru sekali gus meningkatkan kualiti hidup. Kajian yang dinamakan UPLIFT (memahami potensi jangka panjang tiotropium) dijalankan membabitkan 5,993 pesakit di 37 negara seluruh dunia. Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, berkata hasil kajian ini memberi kesan yang besar kepada pesakit COPD. Namun, apa yang lebih penting dalam pengurusan COPD adalah pengesanan awal dan pencegahan. COPD seperti yang diketahui tiada ubat kerana amat mus tahil kerosakan pada paru-paru boleh diperbaiki. Rawatan yang ada hanyalah mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakitnya. Justeru, kajian UPLIFT memang membawa berita balk kepada pesakit COPD. Dr Aziah...