Posts

Showing posts from May, 2009

Tenggorok Cedera Boleh Diselamat

Trauma peti suara boleh berlaku disebabkan kemalangan, kecederaan, di leher dan terhidu asap. Pernahkah anda tersedak ketika minum atau makan? Biasanya kejadian itu sering dikaitkan dengan ada orang terutama saudara mara dan kenalan menyebut nama anda. Sebenarnya, tersedak ketika minum atau makan adalah tindak balas spontan tenggorok atau peti suara (larynx) pada bahan asing yang terpercik di atasnya. Ia adalah tindak balas automatik tenggorok kepada benda asing berkenaan. Tindak balas automatik ini menyebabkan tenggorok jarang mengalami trauma. Apatah lagi secara anatominya, tenggorok dilindungi struktur tubuh yang mantap. Di bahagian belakang, ia dilindungi kolum vertebra (struktur yang menyokong kepala dan tulang belakang), manakala di hadapan pula dilindungi rahang dan tulang dada. Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah, berkata trauma pada tenggorok selalunya dikaitkan dengan kecederaan pada muka dan dada. Walaupun jara...

Info Kecederaan Tenggorok

Info Kecederaan Tenggorok Trauma pada tenggorok jarang dilaporkan kerana mangsa biasanya meninggal dunia di tempat kejadian (contohnya mangsa kebakaran). Pemindahan tenggorok yang pertama dilakukan pada 1998 membabitkan mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan teruk di leher. Dia menunggu selama 20 tahun sebelum dapat menjalani pemindahan itu. Trauma yang serius menyukarkan rawatan. Rawatan awal penting untuk membaikpulih fungsi tenggorok. Kecederaan yang kecil boleh dipulihkan dengan merehatkan suara, kurang bercakap dan meminum banyak air.