Fakta Tentang Kutu
Fakta Asas Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala. Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala. Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang). Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan. Tanda-tanda Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu: Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia d...