Posts

Showing posts from February, 2011

Jadi Aktif

Mencari masa dalam hidup yang terlampau sibuk untuk bersenam adalah satu cabaran bagi semua rakyat Malaysia yang memang sibuk. Ini benar terutama bagi mereka yang juga adalah ibu bapa atau bekerja sepenuh masa atau kedua-duanya. Tetapi manfaat bersenam adalah jauh lebih besar dari nilai mengorbankan masa bekerja itu. Dan bagi sesiapa yang telah berjaya menguruskan masa untuk berbuat demikian akan memberitahu anda betapa gembiranya mereka untuk mendapati masa tersebut. Mereka akan memberitahu anda betapa lebih bertenaganya mereka, dan bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih lagi berbanding sebelum mereka mula bersenam secara selalu. Jadi tiada lagi alasan untuk anda! Buatlah satu tindakan aktif dalam menentukan masa depan anda. Anda berhak memberi diri anda hadiah untuk hidup dengan baik dengan kesihatan baik. Mengapa Menjadi Aktif Begitu Penting? Fakta-faktanya jelas: Dengan bersenam sesedikit 30 minit setiap hari anda boleh mengurangkan risiko anda untuk penyakit j...

Punca Utama Batuk Berterusan

Image
Batuk Tanpa Henti? 8 Punca Yang Mungkin. Anda sudah berminggu-minggu batuk. Bagaimanakah untuk anda tahu adakah ia hanya selsema biasa yag sukar untuk sembuh atau suatu yang lebih serius? Hanya doktor sahaja boleh memastikan apakah sebab di sebalik batuk anda. Beberapa keadaan mungkin boleh dijadikan dalangnya, seperti lelah asma; sindrom batuk laluan udara atas (UACS); penyakit refluks gastroesofagus (GERD); dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), satu penyakit serius, progresif yang merangkumi kedua-dua emfisema dan bronkitis. Baca lagi tentang COPD dan beberapa penyebab biasa (dan agak luar biasa) batuk kronik dan berterusan. Klik pada foto atau pautan di bawah: Asma dan Alergi COPD (Sekatan Pulmonari Kronik) Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) Jangkitan Salur Pernafasan Pencemaran Udara Bronkitis Akut Ubat Perencat ACE Batuk Kokol

Punca Batuk: Asma dan Alergi

Image
Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma. Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin. Lagi punca-punca batuk: Punca-punca Biasa Batuk Kronik | COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)

Punca Batuk: COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)

Image
COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput. Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub. Lagi punca-punca batuk: Asma dan Alergi | Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

Punca Batuk: Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

Image
GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah. Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik. Lagi punca-punca batuk: COPD (Sekatan Pulmonari Kronik) | Jangkitan Salur Pernafasan

Punca Batuk: Jangkitan Salur Pernafasan

Image
Batuk ialah satu daripada gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik. Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya. Lagi punca-punca batuk: Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) | Pencemaran Udara

Punca Batuk: Pencemaran Udara

Image
Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma. Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu. Lagi punca-punca batuk: Jangkitan Salur Pernafasan | Bronkitis Akut

Punca Batuk: Bronkitis Akut

Image
Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak , dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya. Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD. Lagi punca-punca batuk: Pencemaran Udara | Ubat Perencat ACE

Punca Batuk: Ubat Perencat ACE

Image
Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika , dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain. Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundingkan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan. Lagi punca-punca batuk: Bronkitis Akut | Batuk Kokol

Punca Batuk: Batuk Kokol

Image
Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu. Lagi punca-punca batuk: Ubat Perencat ACE | Punca-punca Biasa Batuk Kronik

Migrain Bukan Sakit Kepala

Image
Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain. Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka. Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.” Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ...

Adakah Berbasikal Mengganggu Kesihatan Seksual atau Kesuburan Lelaki?

Image
Lelaki yang kerap berbasikal sering mengadu sakit dan kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, maka persoalan sama ada duduk secara di atas pelana basikal itu membawa kesan jangka panjang kesihatan seksual, telah menjadi perkara yang diteliti secara saintifik. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan menunggang terlalu kerap boleh memberi kesan kepada kesuburan. Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 186 batu setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan. Satu kajian yang lebih baru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston mendapati yang lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk dua penanda kemandulan: kepekatan sperma...

Tabiat Yang Boleh Membuat Anda Sakit Kepala

Image
Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya. Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein. Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda. Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda. Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya. Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

Strok (Angin Ahmar) Meningkat Dalam Golongan Muda dan Usia Pertengahan

Los Angeles — Strok sedang meningkat dengan pantas dalam golongan muda dan usia pertengahan, satu petanda yang wabak obesiti sudah mula berpindah beban usia. Bilangan tersebut, yang telah dikeluarkan pada satu sidang Pertubuhan Strok Amerika, datang dari satu bancian pertama kali penghospistalan strok berdasarkan usia seluruh negara yang terbesar dilakukan. Para penyelidik kerajaan membuat bandingan kemasukan kes ke hospital pada tahun 1994 dan 1995 dengan kes tahun 2006 dan 2007. Peningkatan paling tinggi, sebanyak 51 peratus adalah dari golongan lelaki berumur di antara 15 ke 34 tahun. Strok dalam kumpulan umur ini turut meningkat dalam kalangan wanita tetapi tidak sepantas lelaki, iaitu sebanyak 17 peratus. “Ia sememangnya mencemaskan,” kata Dr. Ralph Sacco, presiden Pertubuhan Strok Amerika dan juga seorang ahli neurologi di Universiti Miami. “Kita telah lama runsing berkenaan peningkatan berlakunya obesiti dalam kanak-kanak dan dewasa muda mungkin memberi kesan penyakit kardiovask...

Tidur Terlalu Sedikit Boleh Membahayakan Jantung Anda

Image
Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung. Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat. "Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick. "Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah. Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dal...

Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak

Image
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah. Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia. Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain. The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak. Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health . Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh me...

Coklat Gelap Mungkin Lebih Sihat Daripada Jus Buah-buahan Untuk Jantung Sihat: Kajian

Image
Lupakan sebentar jus buah - coklat mungkin satu cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan anda, mengikut satu penyelidikan baru. Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal . Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses. "Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan. Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung. Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas...

Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti

Image
Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian. Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston. “Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau. Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka. Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan memb...

Kanser Sedang Meningkat di Negara-negara Membangun

Sebagai menandakan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser Amerika telah mengeluarkan satu laporan baru yang memberi amaran bahawa gaya hidup yang berhubungkait dengan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun sedang menyebabkan peningkatan berlakunya kanser di seluruh dunia. Malahan, kebanyakan dari kes-kes dan kematian baru kanser di dunia (7.1 juta dan 4.8 juta, masing-masing) adalah berlaku di negara-negara yang sedang membangun ekonominya, mengikut pengarang laporan tersebut. Ini, mengikut mereka, menggambarkan peningkatan penerimaan perlakuan yang tidak sihat – seperti merokok, gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan yang tidak baik – yang lazimnya mengiringi pembangunan ekonomi. Laporan tersebut, "Fakta & Bilangan Kanser Global ( Global Cancer Facts & Figures )", menyatakan kanser paru-paru, payu dara dan kolorektal adalah menyumbang kepada peningkatan ini. Daripada itu, kira-kira satu pertiga dari jumlah kematian kanser yang telah berlaku di seluru...