Posts

Showing posts from April, 2011

Kawal Kolesterol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar. Apakah Dia Kolesterol? Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan. Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang me...

Makan Dengan Lebih Baik

Image
Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira. Apa yang Paling Penting? Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan sep...