Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat
Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil. Berhenti Merokok Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang. Makan Makanan Sihat Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein. Elakkan Alkohol Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar al...