Posts

Showing posts from March, 2008

Spinal stenosis Antara Punca Kaki, Tangan dan Leher jadi Kejang, Kebas

Ruang tulang belakang sempit bukan penyakit BH Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’. Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis. Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra). Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masala...

Apakah Itu Kolesterol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron. Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah. Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah bo...

Ibu Sebar Bakteria, Virus kepada Bayi

Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian. Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya. Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin. Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C. Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Kea...

Bagaimana Diagnosis Kemurungan (Depresi) Dibuat?

Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan. Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan. Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial). "Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri. Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri. Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri. Simptom kemurungan Rasa sedih dan lekas marah. Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya. Kurang selera makan. Sukar tidur atau terlebih tidur. Pergerakan yang lembap. Keletihan dan kurang tenaga. Rasa bersalah. Sukar memberi tumpuan. Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri. Fakta Kemurungan Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemur...

Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan.

Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dala...

Abses Gigi - Gigi dan Gusi Bernanah

Definisi Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi. Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi. Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu. Gejala-gejala gigi bernanah Sakit gigi. Sakit gigi yang teruk dan berterusan Sakit yang berdenyut-denyut. Sakit ketika m...